Memaparkan catatan dengan label Hirisan Pertama. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Hirisan Pertama. Papar semua catatan

Cinta Pertama, Hirisan Pertama

Posted: Isnin, 5 April 2010 by ALONG in Label: ,
0

Bismillahirrahmanirrahim..

Entri kali ini istimewa menjawab Personal Message (PM) dari seorang sahabat..sejujurnya bukan ini PM yang pertama di terima, dan kerana berpendapat ramai yang menghadapi masalah yang serupa maka kali ini saya luangkn sedikit masa untuk mengulas mengenainya. semoga sama-sama dapat mengutip manfaat darinya..

PM: "Awak tak penat ke jadi baik? Awak tak penat ke orang hina, permainkan awak, kutuk awak, hancurkan hati awak? Tak pernah sekali ke awak melawan? Awak bertudung labuh, sesetengah orang pandang awak buta fesyen, pandang awak konservatif, apa yang awak buat?"

SAYA: First of all, i am not wearing tudung labuh. Saya biasa-biasa sahaja, bukan dari sekolah agama dan bukan juga belajar di universiti Islam, saya juga belajar dan bekerja di bidang kejuruteraan. So untuk menjawab persoalan buta fesyen, pandang saya konservatif adalah tidak relevan bagi saya kerana saya seorang yang "up-to-date". tapi jika bertanya apa pendapat saya mengenai mereka yang bertudung labuh, jawapan saya, saya kagum dengan mereka yang lebih mementingkan pandangan Allah daripada pandangan manusia. sejuk mata menengoknya, kelihatan sopan dan ayu, jauh dalam hati saya pun menanam tekad dan azam untuk di kurniakan kekuatan supaya dapat mencontohinya..insyaAllah, dengan izin Allah saya juga akan bertudung labuh, mudah-mudahan.

Penat menjadi baik?
Tak penat ke orang hina, main-mainkan kita, kutuk kita, hancurkan hati kite?
Tak pernah sekali ke saya melawan?

Siapa kata saya tak penat? Kadang-kadang tu ada juga terasa.Saya juga manusia yang lemah. Mungkin saya tidak pernah di hina, tapi menjadi seorang yang terlalu baik sebenarnya pernah mendedahkan saya kepada situasi akhirnya saya di tindas dan di aniaya. Ya, mereka akhirnya menghancurkan hati saya. Saya juga seorang yang pemaaf dan tak menyimpan dendam, bukan balasan baik yang saya perolehi-sebaliknya mereka menuduh saya hipokrit!