Cara-cara Azan Yang Diajarkan Oleh Rasulullah s.a.w.
Posted: Khamis, 1 April 2010 by ALONG in Label: Cara-cara Azan Yang Diajarkan Oleh Rasulullah s.a.w.Hadith :
“Daripada Abu Mahzurah r.a. bahawa Nabi s.a.w. telah mengajar kepadanya cara-cara Azan dengan mengulangi dua kalimah syahadah (dengan suara yang tinggi pada permulaannya dan rendah pada akhirnya) dikeluarkan oleh Muslim tetapi ia menyebut takbir(Allahu Akbar) pada permulaan dua kali sahaja. Perawi-perawi yang lima meriwayatkan pula dengan menyebut (Allahu Akbar) sebanyak empat kali.
Huraian
1. Hendaklah memilih dan mengutamakan suara orang yang nyaring dan baik bagi seseorang yang akan dilantik menjadi tukang azan.
2. Nabi Muhammad s.a.w. telah mengajarkan lafaz azan kepada Abu makzurah dengan diulangi sebanyak dua kali. Suara yang tinggi pada permulaannya dan rendah pada akhirnya.
3. Lafaz Allahu Akbar pada permulaan azan itu ada dua cara, yang pertama disebut empat kali yang diamalkan oleh orang-orang mekah dan yang kedua disebut dua kali yang diamalkan oleh orang-orang madinah.