"Biarpun Dia Seorang Yang Beragama Islam

Posted: Ahad, 17 Oktober 2010 by ALONG in Label: ,
0


Saat Ku Bertentang Mata Dengannya

Ah! Benci! Aku benci Cikgu Lee! Cikgu bangsat itu asyik masuk campur dalam urusan aku! Suka hati mak bapak akulah aku nak merokok ke, buang tabiat ke?! Yang

dia nak ambil kisah sangat tu kenapa?? Aku menumbuk dinding yang menjadi tempat sandaranku, agak keras dan menyakitkan. Tetapi hatiku lebih sakit. Walaupun

tumbukan itu mampu menyebabkan buku laliku terasa pedih, sakit di hati ini hanya aku seorang sahaja yang tahu. Tidak ada orang lain selain aku.

Aku menyalakan rokok yang ku capai di dalam saku seluar sekolahku yang lusuh dan mula menghisap rokok itu dengan penuh nikmat. Ahh.. aku menghembuskan

nafasku yang sudah dicemari dengan asap rokok. Aku bersandar ke dinding yang menjadi tempat contengan dan coretan kehidupanku sambil mendongak ke langit.

Alangkah bagusnya jika kehidupanku boleh diakhiri dengan serta merta. Tidak ada gangguan. Tidak ada yang terseksa. Cuma ketenteraman yang abadi dan selamanya.

" Ya ALLAH! Zachery! Apa yang kamu buat ni?! ", aku dikejutkan oleh suara yang agak nyaring. Suara yang bingit itu menyakitkan telingaku. Kelihatan Puan Rohaida

sedang mencekak pinggang. Terdapat satu rotan yang panjangnya berukuran 4 kaki di dalam tangan kanannya. Aku melihatnya dengan wajah yang agak selamba. Lalu

aku berkata-kata. " Saya tengah relax.... cikgu tu buat apa? Nak join saya ke? " aku mula membuat gurauan yang aku sendiri tahu apa akibatnya bila aku bergurau senda

tentang perkara yang begitu menyakitkan hatinya. Tiba-tiba telingaku ditarik. Lalu kakiku dipukul dengan rotan sebanyak tiga kali. Tidak sakit mana pun sebenarnya.

Mahu juga aku membalas serangannya. Namun.. aku tetap mengalah.

Aku sedar diriku siapa. Aku terima segala tohmahan dan gelaran yang mereka berikan kepadaku. " Samseng", " Bajingan ", " Setan " " Playboy ". Aku akui segala

perbuatan disiplin yang pernah ku lakukan. Merokok, bergaduh, membuli, ponteng, melawan kata guru. Tapi aku betul2 tak ingin digelar sebagai lelaki pengecut.

Mahupun gelaran " lelaki yang memukul wanita ". Aku benci dengan gelaran itu. Gelaran yang diberikan kepada mendiang ayahku...



Agak lama juga aku duduk di luar bilik disiplin ini. Bilik yang menjadi salah satu kebiasaan setiap minggu aku hadir ke sekolah. Aku duduk sambil menyandarkan

belakangku di kerusi yang agak usang itu. Aku cuba menutup mata.

" Ain, kamu tunggu sini ya. Cikgu nak ambil barang sekejap. ", kedengaran bunyi pintu ditutup dengan agak tergesa-gesa. Aku tersentak kerana aku hampir terlena. Aku

membertulkan kedudukanku. Mataku terkebil-kebil dengan sendirinya. Apabila ku mengangkat mukaku aku ternampak seorang pelajar perempuan. Dia memakai tudung

yang agak labuh sehingga ke paras punggungnya. Ya, aku sedang memerhatikan penampilannya dan susuk tubuhnya. Aku seorang lelaki yang hanya dapat melihat satu

pandangan terhadap perempuan. Rupa parasnya. Dan tubuh badannya. Namun begitu, dia memakai baju kurung yang agak labuh. Aku berbisik di hati. 'Mesti

perempuan alim ni... ' aku mengalihkan pandanganku terhadap rupa parasnya.

Ya Tuhan... cantiknya dia... matanya begitu cantik, bulu matanya melentik, bibirnya mungil, hidungnya mancung dan dia berkulit putih kemerahan. Aku yakin sesiapa

yang melihatnya pasti tergoda. Pelajar perempuan itu menoleh ke arahku. Agaknya dia menyedari pandanganku. Dia senyum kepadaku namun dia tidak melihat wajahku.

Dia cuma memandang ke lantai. Mahu sahaja aku berkata padanya, muka aku di sini bukan di lantai! Aku memulakan bicara.

" Hai, pelajar baru ke? " , aku bertanya kerana sememanganya aku tak pernah melihat pun perempuan itu sebelum ini. " Ya.. ", dia hanya menjawab sepatah. Mataku

cuba mengekori matanya. Namun matanya sering melarikan pandangannya daripada pandanganku. Aku mula berasa tidak selesa. Adakah rupaku ini menakutkan?

Mungkinkah parut di keningku ini agak kelihatan? Aku tak mahu perempuan itu melihatku gelisah lantas aku bertanyakan soalan lain pula. " Nama siapa? Nama saya

Zachery Owen... " , aku memberitahunya nama panjangku. Nama Kristian itu disebutnya dengan begitu fasih. " Zachery Owen? Oh.. saya Ain Syafinaz. Saya asal dari

Kelantan. ", dia mula memberikan respon yang agak positif. Belum sempat aku bertanyakan perihal yang seterusnya, pintu bilik pengetua dibuka. Ternampak kelibat

Pengetua bersama Cikgu Rohaida.

" Zachery, saya nak jumpa dengan ibu kamu esok! Perangai kamu ni harus diubah! Saya dah tak sanggup lagi berdepan dengan masalah yang kamu buat ni! Kalau saya

tak jumpa ibu kamu esok, kamu akan dibuang sekolah! Faham?!" suara lantang pengetua itu mampu didengari oleh tukang sapu yang sedang menyapu daun2 yang

berguguran di luar pejabat. Aku menunuduk malu. Malulah aku di hadapan Ain, gadis yang baru ku kenali. Nampaknya tanggapan Ain terhadapku mesti berubah.

Harapanku untuk mengenalinya hancur sekelip mata. Aku berlalu dari pejabat sekolah dan terus masuk ke kelas " 5 Sastera 1 ". Aku duduk di tempat dudukku dan

termenung buat seketika. Rakan2 sekelasku sedang membuat hal sendiri. Ada yang bercerita, ada yang keluar kelas sejak pagi tadi. Aku cuma mengenangkan nasibku

yang berubah sejak tadi.

Keiniginanku untuk berkenalan dengan Ain, kucuba kikiskan dengan serta merta. Namun, masih lagi ada bibit-bibit keinginan untuk keluar dari kelas yang penuh dengan

celoteh2 yang tidak berfaedah ini untuk bertemu dengan sepasang mata2 yang memukau itu. Aku terfikir buat seketika.

Aku beragama Kristian, dia merupakan pelajar perempuan Muslim yang aku yakin teguh imannya. Mana mungkin dia ingin berkawan denganku. Hehe.. agaknya,

fikiranku sudah melampaui batas kemampuanku. Aku kenal siapa diriku. Aku cuma mahu berkenalan dengan yang cantik sahaja. Tidak kira Islam mahupun Hindu sekali

pun, semua aku inginkan. Aku tidak kisah tentang apa yang orang lain fikirkan tentang aku. Mungkin.. itu sahaja kebaikan yang ada pada diriku yang hina ini.

Tidak ada seorang yang mampu menangkis pendirianku. Boleh dikatakan aku ini seorang yang tetap pendirian. Aku boleh membayangkan sekiranya ada seseorang

menasihatiku agar jangan lakukan itu, jangan lakukan ini. Namun disebabkan hatiku yang keras, aku tidak akan mempedulikan nasihat2 itu. Dan aku pasti tidak ada

seorang pun yang mampu merubahku melainkan aku sendiri.


" Kau dah dengar ke lagu tu kat Youtube?? ", Soul mengusulkan pertanyaannya padaku. Soul merupakan rakan baikku sejak aku berpindah ke sini. Dialah yang

mengajak aku memasuki gengnya yang bernama Zero Hero. Entah kenapa mereka menamakannya Zero Hero aku sendiri tidak tahu. Nama sebenar rakan baikku ini ialah

Muhammad Soleh. Kekadang aku terfikir betapa ironinya namanya. Soleh... Muhammad... kedua-dua nama tersebut merupakan nama yang baik di sisi agamanya.

Muhammad yang terpuji.. Soleh taat kepada agama... Entah mengapa dia lebih rela dipanggil Soul. Mungkin benarlah rakanku yang beragama Islam ini sudah sedikit

terpesong dari agamanya. Ah, apa aku kisah? Aku sendiri pun tidak dapat menghilangkan rasa ragu di hati mengenai kewujudan Tuhan. Kalau betullah Tuhan itu ada,

mengapa masih ada yang tidak bernasib baik? Bagiku Tuhan itu cuma satu perkataan yang mewujudkan harapan palsu dalam hati kita. Tidak ada maknanya.

Aku menjawab soalan Soul dengan selamba. " Ada.. tak best pun lagu baru diorang.. ", aku menyandarkan belakangku ke kerusi plastik yang ku duduki. " Kepala hotak

kau!! Best gila apa?! Avenged Sevenfold memang rock lah! Engkau tu yg tak faham seni! Mentang2 lah itu lagu slow! Kau nak lagu rancak je.. lagu tu ditujukan untuk

drummer diorg yang mati tau! ", Soul cuba sedaya upaya untuk membuat aku jatuh minat dengan lagu slow kugiran dari Amerika Syarikat itu namun aku tidak tergerak

hati pun untuk mengusulkan pendapat seterusnya. " Apa2 lah kau, Soul.. aku memang minat dengan AX7 tu.. aku cuma rasa album diorang yang sekarang ni tak best..

memang tak best kalau tak ada The Rev.. ahh, dahlah! Aku nak keluar sekejap! Aku malas nak dengar engaku punya bebelan ni! ", aku keluar meninggalkan kelas.


' Dear God, the only thing I asked of you is to hold her when I'm not around.. when I'm much too far away... '.

Aku tersentak. Lirik lagu kegemaranku dinyanyikan oleh

seorang gadis. Agak merdu suaranya. Lirik lagu ' Dear God ' dari kugiran kegemaranku itu makin jelas kedengaran apabila aku menghampiri taman bunga sekolah. Tidak

pernah lagi ada gadis yang tahu mengenai kugiran itu mahupun menyanyikan lagu2 mereka. Apatah lagi meminati kugiran itu! Siapakah gadis itu?

Bagiku, gadis yang meminati kugiran itu memang seorang yang cool dan mempunyai minat yang sama denganku. Aduh, kan bagus kalau sekiranya aku berkenalan

dengannya sejak dari tahun pertama aku bersekolah di sini. Tidaklah aku terkinja-kinja menawan hati perempuan semata-mata untuk mencari keseronokan. Dapat jugak

aku berfikir untuk menjadikan perempuan yang ku pikat sebagai teman wanita yang aku akan hormati dan sanjungi dalam zaman persekolahan ini.

Aku cuba melihat dari sebalik dinding blok D yang terletak bersebelahan taman bunga sekolah. Aku cuba mengamati gadis itu. Aku sedikit terkejut melihat penampilannya. Dia memakai tudung labuh serta baju kurung sekolah yang agak labuh mencecah ke paras lutunya. Gayanya dan cara pemakaiannya amat serupa seperti pelajar perempuan yang baru ku kenal tadi.

Dia sekarang berdiri menghadapku. Bukankah gadis itu Ain Syafinaz?

Pelik sungguh. Gadis yang kusangka alim menggemari lagu2 dari band Heavy Metal kesukaanku. Aku tidak tahu mengapa aku begitu terkejut. Mungkin disebabkan gaya dan penampilannya yang begitu mengikut hukum hakam dalam agama Islam menyebabkan aku juga berfikiran bahawa dia sangat alim sehingga muzik pun, aku rasa hanya lagu2 nasyid sahaja dia minati. Entahlah... aku berpegang kepada kata2 hikmat seorang ahli falsafah..

" Don't judge a book by its cover. " Ternyata Ain Syafinaz ini merupakan gadis yang agak menarik perhatianku. Keinginanku untuk berkenalan dengnnya kian membuak-buak. Aku amat berharap dia akan dimasukkan ke dalam kelasku agar aku dapat mengenalinya dengan lebih mendalam. Aku amat yakin bukan itu sahaja persamaan yang ada di antara kami.

Biarpun dia seorang yang beragama Islam yang warak, biarpun dia mungkin tidak ingin berkawan dengan seorang yang beragama Kristian yang agak terpesong dari agama sendiri , aku akan cuba sedaya upaya untuk memikat hatinya.


iluvislam

0


Aku termenung sejenak sebaik sahaja lagu dendangan kumpulan In-Team itu habis dimainkan. ‘Doa Seorang Kekasih’. Tersentap hatiku. Seakan lagu itu ditujukan untukku. Tanpa ku sedari, ada titisan mutiara yang keluar dari mataku. ALLAH~ Kenapa begini??

Aku telah menyerahkan urusan mencari jodohku kepada kedua orang tuaku. Aku redha dengan pilihan mereka. Aku tahu, redha ALLAH terletak pada redha ibu bapa. Aku ingin hidup dalam keredhaanNYA. Aku yakin dengan pilihan mereka. Aku tahu mereka akan memberikan yang terbaik untukku.

Tetapi, aku juga manusia biasa. Aku punya hati dan perasaan. Aku punya jiwa dan nafsu. Kekadang nafsuku mengatasi. Aku akui, aku punya pilihan di hati. Yang aku redha agama dan akhlaknya. Namun, aku sedar batasannya. Aku sendiri tidaklah terlalu mengharapkannya. Aku tidak ingin bermain api. Aku tidak ingin bercinta sebelum waktunya. Biarlah cinta itu hadir bersama sebuah janji pernikahan.

Aku mengharapkan seorang pemuda yang soleh. Lebih soleh dariku kerana aku ingin dia yang membimbingku. Menjadikan aku seorang isteri yang solehah. Aku ingin seorang pemuda yang tidak takut berjuang di jalanNYA kerana aku ingin menjadi bidadarinya di syurga nanti. Aku tidak perlukan rupa dan hartanya. Cukuplah agama dan akhlaknya yang indah.

ALLAH~

Jauh benar aku mengelamun. Ada orang yang datang meminangku tadi. Tetapi, ditolak dengan baik oleh kedua orang tuaku. Alhamdulillah~ Aku sendiri sejujurnya belum mampu menerima pemuda lain walaupun aku telah menyerahkan urusan mencari jodohku pada ibu bapaku. Aku akan cuba mengikhlaskan diriku untuk menerima pilihan mereka selepas ini.

YA ALLAH..

***************

Mujahid mengeluh. Lagu nyanyian kumpulan nasyid UNIC itu benar-benar menyentuh perasaannya. Kitab Fiqh Munakahat yang sedang ditelaahnya itu diletak perlahan di atas meja lalu dia bangkit dan berbaring di atas tilamnya. Hasratnya ingin memejamkan mata sementara menunggu azan Zuhur. Hakikatnya dia ingin menenangkan hatinya yang sedang berkocak itu.

Namun, lagu ' Lafaz Yang Tersimpan' itu masih terngiang-ngiang di telinganya. Mata yang dipejam dibuka perlahan. Terbayang wajah seorang muslimah di matanya. Muslimah yang telah mencuri hatinya tanpa dia sedari. Muslimah yang telah mengetuk pintu hatinya yang selama ini tertutup rapat buat insan bernama wanita.

Nur Asiyah Maisarah. Nama yang sangat indah. Seindah peribadi dan akhlaknya. Seorang gadis ceria yang bertudung labuh di universiti mereka. Dalam diam Mujahid menyimpan perasaan pada Asiyah. Bukan dia sengaja membiarkan hatinya tertarik pada wanita. Namun, perasaan itu hadir secara tiba-tiba. Tanpa dia sedari. Padahal, dia langsung tidak mengenali gadis itu. Berbicara jauh sekali. Hanya pernah mendengar suaranya di kuliah ketika membuat pembentangan.

Mujahid segera beristighfar. Dia tidak mahu syaitan mengambil kesempatan atas kelalaiannya itu. Dia masih punya pegangan agama. Jika tidak, sudah pasti dia akan mencari jalan untuk mendampingi gadis idamannya itu.

Suara hatinya itu hanya sahabat baiknya sahaja yang mengetahui. Saifullah. Itulah sahabat di saat suka dan dukanya selama ini. Mereka sentiasa saling ingat mengingati. Saling tegur menegur andai berlaku kekhilafan. Dia bersyukur mempunyai sahabat seperti Saifullah yang sentiasa mengajaknya ke arah kebaikan.

Saifullah jugalah yang menasihatkannya supaya menyampaikan perasaannya itu pada Asiyah melalui perantaraan dirinya. Tujuannya untuk mengetahui samada Asiyah sudah mempunyai calon suami atau belum. Jika belum, Mujahid mempunyai peluang untuk meminangnya.

Tetapi, Mujahid enggan. Dia merasakan dirinya belum bersedia. Masih banyak perkara yang harus difikirkan. Dia masih belajar. Masih mempunyai keluarga yang harus dijaga. Kehendak hatinya itu harus diketepikan terlebih dahulu.

Namun, sebagai manusia biasa yang dikurniakan nafsu, kekadang keinginan untuk mencintai dan dicintai itu hadir juga. Setiap kali matanya menangkap kelibat Asiyah, hatinya bergetar. Segera dilarikan pandangannya. Bukan dia meminta. Dia juga tidak mahu. Tetapi, itulah fitrah. Fitrah seorang manusia.

Mujahid meraup wajahnya. Dia bangkit lalu mencapai kopiahnya dan kunci motor yang tersangkut di dinding. Kakinya melangkah keluar menuju ke arah motosikalnya.

' Biarlah aku mengadu pada ALLAH. DIAlah sebaik-baik tempat mengadu saat hati keliru'

***************

Getaran di dada Asiyah berlagu kencang saat dia mendengar alunan suara seorang pemuda mengalunkan azan. Menusuk kalbu. Sebak dirasakan.

" Asiyah, jom masuk. Termenung apa lagi?"

Hati

Posted: by ALONG in Label:
0


Insyirah mengintai ke luar jendela yang dibuka sedikit untuk melihat mentari tengahari. Menyaksikan padang universitinya yang dibasahi hujan yang turun sejak subuh tadi. Sudah tiga hari hujan turun tiada hentinya. Keadaan ini biasa berlaku di negeri-negeri di pantai timur.

Hujung tahun bermakna mulanya musim tengkujuh. Tidak pernah terdetik di fikirannya akan tercampak ke negeri Terengganu ini. Masakan tidak, dari kecil hingga kini, tak pernah dia berenggang dengan keluarganya sejauh ini.

Seluruh perasaan masih merintih akan masalah yang masih memberati fikirannya. Saban masa, dia bersungguh-sungguh berdoa agar Allah membendung perasaan kasihnya terhadap seseorang yang membuatkan hatinya kini gundah gulana. Alangkah merananya dia dalam keadaan ini. Hatta ibarat terkena minyak pengasih.

"Ya Allah, suburkanlah cintaku pada-Mu.." rintih Insyirah.

Insyirah terduduk dan beristighfar.

"Susahnya bila ada masalah hati ni," keluh Insyirah.

Dia mengeluh sambil tangan menarik kerusi belajar. Usai duduk, dia mencapai buku mikrobiologinya. Otak sudah diset untuk menyiapkan lab report yang tertunggak sedari pagi tadi dek kerana melayan lamunan yang entah apa-apa. Seketika, dia membaca doa belajar yang ditampal di dinding meja studinya.

Sedang tangan ligat menulis introduction of morphology dan characteristic of bacteria pada kertas kajang, azan Zohor berkumandang dari masjid berdekatan. Sayup-sayup saja kedengaran laungan kemegahan itu dek kerana kedudukan masjid itu yang jauh.

Habis saja dia membaca doa selepas azan, dia mengejutkan Aishah, rakan sebiliknya yang sedang tidur. Qailullah (tidur sebentar sebelum waktu Zohor) katanya.

"Sha, Sha bangun. Dah azan dah.." sambil memanggil, dia mengoyang-goyang bahu Aishah.

Usai solat zuhur berjemaah di surau asrama yang dipimpin oleh seorang muslimin, Insyirah masih berteleku di atas sejadah. Memikirkan masalah 'hatinya'.

'Ya Allah, kenapa masalah ini juga yang terbayang-bayang? Berdosanya aku mengabaikan-Mu.'

Insyirah memejam mata sambil tangan kiri memicit pelipisnya. Tanpa disedari, bibirnya mengeluh. Cukup kuat untuk didengari Aishah yang sedang melipat sejadah.

Aishah memandang Insyirah sekilas.

"Syirah.." Aishah memanggil lembut.

Dalam mata yang masih terpejam, Insyirah masih bermonolog.

'Tu la syirah, kenapa tak jaga pandangan tu..'

"Syirah.." Aishah masih setia memanggil.

"Kan susah sekarang. Bukan kau sendiri tak tahu, daripada pandangan yang tidak terkawallah, hati boleh rosak."

"Syirah.." kening Aishah sudah berkerut.

"Parah ni. Tiga kali panggil tak berjawab."

Lantas, kaki melangkah ke arah Insyirah. Bahu rakannya itu disentuh lembut. Mata Insyirah terbuka. Memandang Aishah yang merenungnya dengan senyuman.

"Masih fikirkan masalah yang enti cerita kat ana semalam?" Aishah akhirnya duduk di sebelah Insyirah. Tangan yang dibahu, dibawa ke jari-jemari Insyirah pula. Digenggam erat.

Insyirah tersenyum tawar tanpa gula.

"Susahlah ukhti nak jaga hati ni. Tak terdaya rasanya" Insyirah meluahkan.

"Ukhti, Ukhti... memanglah susah ukhti nak jaga hati ni. Siapa kata senang? Sebab itu kita kena ada banteng kita sendiri. Ingat tak ceramah Ilaajul Qulub kelmarin? Ingat tak apa ustaz tu cakap. Err...apa nama ustaz tu? Aa Allah...ana lupa pula." Aishah mengaru dagunya sambil matanya memandang dinding surau, cuba mengingati nama ustaz tersebut.

Terimbas seketika ceramah bertajuk "Al-Qalbu kunci dalam mencorakkan peribadi unggul" yang dianjurkan oleh Persatuan Mahasiswa Usuluddin di universitinya. Memang bagus ceramahnya. Terasa bi'ah solehahnya di dewan itu yang rata-ratanya dihadiri kakak-kakak Fakulti Kotemporari Islam(FKI) yang majoritinya bertudung labuh. Ada juga yang berpurdah.

"Ukhti ni... Ustaz Syed Hadzrullathfi lah nama ustaz tu.." Syirah menjawab. Mahu tergelak juga rasanya bila melihatkan Aishah yang bersungguh sangat memikir nama ustaz tersebut.

"Oh ye ke, ana lupa la ukhti. Ha, ingat tak apa ustaz tu cakap untuk menjaga hati ni?"

Insyirah menghela nafas panjang. "Ala Aishah ni, orang tanya dia, dia tanya orang balik."

"Jangan pernah redha dengan maksiat?" Insyirah menjawab kembali dalam nada bertanya.
"Lagi?"
"Tak bersungguh nak berubah?"
"Lagi?" Aishah seronok bertanya sambil tersenyum nipis.
"La...enti ni. Ana tanya enti, enti tanya ana balik." Insyirah menampar bahu Aishah.

Ketawa Aishah pecah.

"Sakitlah ukhti."Aishah memegang bahunya. Terasa sengal seketika.
"Tu la, buli orang lagi."

Aishah menarik nafas dalam. Memandang Insyirah sekilas sebelum memulakan bicara.

"Apa yang ana dapat tangkap pasal ceramah semalam, hati ini ukhti, kalau tak dididik, tak ditarbiyah, tak dipupuk, lama-lama hati kita ini akan kotor. Dan ruang untuk menjadi orang yang ingkar terbuka luas. Cuba enti semak kembali macam mana mutabaah (jadual muhasabah ibadah) enti sampai enti ada masalah hati dengan muslimin ni. Ana kira, andai kita betul-betul menghayati dan menjaga mutabaah kita, insyaAllah, hati kita terpelihara. Betul tak ukhti?"

Insyirah mengangguk. Mengiakan. Seketika cuba bermuhasabah kembali mutabaahnya yang tak terjaga akhir-akhir ini disebabkan terlalu banyak mesyuarat untuk program islamik yang dikendalikannya. Mungkin inilah sebabnya aku jadi begini.

"Enti cakap kat ana semalam, enti mula ada masalah hati dengan muslimin ini bila enti dilantik untuk uruskan program tu kan?"

Sekali lagi Insyirah mengangguk. Ya, dari situlah aku mula kenal dengan muslimin itu.

"Ukhti, enti kena ingat. Yang enti nak buat ni program islamik tau. Nak menyampaikan dakwah kepada masyarakat di luar sana. Andai enti sendiri sebagai pemimpin dah tersilap langkah, berdakwah dengan hati yang lagho, bagaimana dakwah enti nak berkesan?"

Senyuman masih tak lekang dari wajah bersih Aishah.

"Ukhti, ingat tak apa kak Mardiyah pernah cakap masa usrah kita? Dia kata, jangan ingat enti buat maksiat ni, tidak memberi apa-apa kesan dalam hidup kita. Dan ana sangat terkesan dengan ayat tu. Ana ingat sampai sekarang ni."

Insyirah diam tak terkata. Tertunduk dia seketika sambil memintal hujung telekung yang masih tak dibuka. Kini, tinggal dia dan Aishah sahaja di dalam surau tersebut. Jemaah yang lain sudah lama beransur pergi.

"Asas segala kelalaian dan nafsu syahwat adalah kerana kita redha dengan nafsu dan maksiat yang kita lakukan. Dan asas ketaatan kepada Allah adalah kesedaran untuk merubah diri kita. Ana tak nafikan ukhti, dalam kita bermujahadah tak nak melakukan maksiat, ramai antara kita tersungkur kembali. Itu memang fitrah ukhti sebab bila kita nak berubah, kita takkan boleh secara mendadak. Kena perlahan-lahan.."

Insyirah merenung kembali Aishah, cuba menghadam point-point yang dilontarkan.

"Dan itulah yang enti perlu lakukan sekarang ni. Bangkit semula ukhti. Ingat, enti adalah dai'e! Jangan mengalah pada syaitan yang takkan mahu kita bangkit kembali apabila kita dah tersungkur! Cuba ya ukhti. Jangan risau. Ana akan sentiasa bagi sokongan kat enti. Bila hadiri meeting nanti, cuba tajdid (perbaharui) niat dan kawal pandangan."

"Tapi kan ukhti, ana perasan, bila ada meeting je ana akan rasa excited. Entah la mungkin sebab dapat jumpa dengan dia tu? Tapi dalam masa yang sama, ana cuba jaga pandangan. Ana tak tahulah ukhti. Kadang-kadang terserempak dengan dia pun ana dah jadi tak betul," Insyirah akhirnya bersuara.

"Astaghfirullahal'azim Syirah..jangan macam tu. Rosak hati enti nanti bila enti berterusan begini. Ingatlah ukhti, sifat soleh muslimin tu, Allah yang ciptakan. Maka cintailah Dia yang menciptakan sifat soleh itu sendiri. Ana faham masalah enti ni. Bukan menimpa enti sorang sahaja. Bahkan, menimpa juga para dai'e di luar sana yang gagal menjaga hati dalam melakukan dakwah."

"Jangan putus asa, Insyirah. Allah Maha Bijaksana. Kita sama-sama muhasabah kembali. Cinta Allah itu sendiri kita masih merangkak-rangkak untuk mencari apatah lagi mahu mencari cinta manusia pula. Kita ni sebagai hamba-Nya akan sentiasa diuji. Dan ujian setiap orang itu berlainan."

"Ada yang diuji pelajarannya, ada yang diuji kekurangan kasih sayang daripada ibu bapa, ada yang diuji kemiskinan, penyakit yang tak dapat diubati..tapi bagi enti, Allah sediakan ujian sebegini," Aishah mengulas panjang.

Alhamdulillah,kata-katanya itu semua ilham daripada Allah SWT untuk disampaikan kepada sahabat di depannya ini. Sayangnya dia pada Insyirah hanya Allah yang Mengetahui. Mungkinkah itu yang dinamakan ukhuwah fillah (persaudaraan kerana Allah SWT)?

"Tapi ana tengok kawan-kawan yang lain tu ok je. Tak rasa apa-apa pun bila berdepan dengan muslimin?" Insyirah mencelah.

Aishah menarik nafas sedalam mungkin. Namun, senyum masih menghiasi raut wajahnya.

"Mungkin ada antara mereka yang sudah ada benteng mereka sendiri. Come on ukhti. Evaluasi diri. Jaga mutabaah, sibukkan dengan benda-benda baik, insyaAllah akan buat enti tak fikir-fikirkan masalah ni ok," tangan Aishah merangkul bahu Insyirah.

Insyirah tersenyum kelat. Tanpa berkata apa-apa.

Beliau bersyukur kepada Allah SWT kerana walaupun dia sering lalai, tak kuat mengharungi jalan perjuangan ini, tetapi masih ada sahabat yang saling mengingatinya. Sudah pasti ia adalah satu anugerah dari Allah SWT.

Sungguh, Allah itu ada di sisi hamba-Nya.

Sifat pengampun-Nya mendahului kemurkaan-Nya.

"Dah la tu. Jom pergi makan tengahari. Nanti sakit perut pulak. Pagi tadi makan biskut je kan," kata-kata Aishah mematikan lamunan Insyirah.

Dalam sepi dingin malam, Insyirah muhasabah diri. Usai membersihkan badan tadi, dia mengerjakan solat sunat. Berdoa dan bersujud kerana dirinya terasa jauh daripada kemanisan ibadah.

Dia akui, belakangan ini, dia sudah hilang kemanisan dalam solatnya, zikirnya dan tadabbur Al-Qurannya.

Terasa diri hina kerana sibuk menagih cinta manusia yang ternyata bersifat fana. Dan kini, di sepertiga malam ini, dia menyembah dan bersujud pada Dia yang memiliki segala cinta.

Dia rindukan saat dan rasa nikmatnya ibadah itu. Sungguh, dia ini hakikatnya hamba Allah yang tak punya apa-apa.

Dia tahu benar, andai hambaNya kembali dengan selangkah langkahan taubat, pastinya Dia mengampunkan dosa hambaNya. Namun, disebabkan nafsu, hatinya menafikan kemurahan sifat Tuhan sang pencipta.

Syira, syira..tidakkah kau nampak semua itu?

Mata terasa panas.

Insyirah bersyukur kerana Allah masih memaut hatinya ke arah kebenaran. Apa pun takdir yang menimpa dirinya adalah atas kehendak Allah swt. Maka, sebagai hamba yang fakir, dia wajib redha dan ikhlas.

Insyirah menoleh ke arah Aishah yang masih lena. Dia memandang wanita itu dengan segumpal perasaan sayang yang mendasari jiwanya kala ini. Sebagai manusia biasa, jauh di lubuk hati, terdetik satu cetusan rasa kagum dengan peribadi Aishah yang begitu menjaga cinta yang belum layak lagi diserahkan kepada mereka yang tidak halal.

Apatah lagi mereka berdua masih lagi bergelar mahasiswi. Cita-cita perlu didahulukan daripada cinta itu sendiri.

Kejarlah cita-cita sebelum mengejar cinta. Kejarlah cinta Allah yang kekal abadi.

Pandangan mata Insyirah masih tertumpah pada Aishah. Roomatenya itu selalu mendoakan dan membantu dirinya menghadapi pertarungan ini. Juga mebimbing dia ke jalan kebenaran yang diredhai Allah.

Bibir diketap. Hatinya sayu mengenangkan dosa-dosa. Akhirnya, titisan jernih mengalir jua di pipi wanita itu. Lama sudah dia membelakangi Allah.

Ya Allah, ampunkanlah aku yang hina ini. Tak tertahan rasanya ya Allah dugaanMu ini. Ku pohon ya Rahman, jadikanlah cintaMu itu lebih aku hargai daripada dunia dan seisinya. Ya Jabbar, sesungguhnya aku memohon cintaMu dan cinta orang-orang yang mencintaiMu serta cinta yang dapat mendekatkan aku kepada cintaMu.

Ya Rahim, apa saja yang Engkau anugerahkan kepadaku daripada apa yang aku cintai, maka jadikanlah ia kekuatan untukku mencintai apa yang Engkau cintai. Dan apa saja yang Engkau singkirkan daripada apa yang aku cintai, maka, jadikanlah ia keredaan untukku dalam mencintai apa yang Engkau cintai.

Jadikanlah cintaku kepadaMu lebih aku utamakan daripada cintaku kepada keluargaku, diriku sendiri dan dunia seisinya. Hidupkanlah aku dengan cintaMu dan jadikanlah aku bagiMu seperti apa yang Engkau cintai.

Ya Allah, jadikanlah aku mencintaiMu dengan segenap cintaku dan seluruh usahaku demi keredhaanMu. Aku memohon perlindunganMu daripada cinta yang sia-sia. Aku hambaMu yang lemah ya Rabb. Tak mampu menolak ujian hati sebegini andai tiada bimbingan dan kekuatan daripadaMu.

Ucapan taubat itu benar-benar ikhlas dilafazkan. Rintihan taubat menjadikan seseorang hamba dapat mengecapi hidup dengan penuh rasa yakin serta bebas daripada perasaan putus asa. Dosa adalah penyakit dan istighfarlah syifa'nya. Bagi mengelakkan hati menjadi lalai maka dengan istighfar, insyaAllah, berupaya menjadikan seseorang hamba semakin menebal takwa dan imannya. Itulah yang cuba dilakukan Insyirah.

******

Dua tahun sudah berlalu. Masa berjalan begitu pantas. Udara sejuk bumi Scotland mengelus lembut pipi Insyirah. Terasa baru semalam kaki memijak bumi orang putih ini. Rasa baru semalam berpisah dengan umi, abah, opah, kak long, adik-adik dan semestinya Aishah.

Terbangnya dia ke bumi Scotland ini untuk menyambung masternya di University of Edinburgh, Scotland dalam bidang microbiologi.

Dia membuka tingkap apartment. Sekarang ini musim sejuk dan salji turun dengan lebat. Tergelak dia tatkala mengingatkan dirinya yang sangat teruja melihat salji pertama kali di depan mata.

Terasa sejuk, dia mengenggam tangan. Asap nipis keluar daripada mulutnya. Pandangan mata tumpah pada sesuatu di jemari kanan. Bibir mengukir senyuman manis. Cincin belah rotan tersarung kemas di jemari halus wanita itu.

Ya, dia tidak keseorangan di bumi Scotland ini. Ada suami yang menemani. Seorang lelaki yang halal untuk dicintai. Benarlah, sekiranya cinta sebelum nikah itu betul-betul dipelihara, kemanisannnya akan sangat dirasai setelah bernikah. Ada hikmahnya mengapa dia diuji dengan ujian hati dahulu. Dia selepas itu lebih berhati-hati agar cintanya tidak dilempiaskan pada yang sia-sia.

Duhai diriku, ingatlah Allah di mana-mana saja, nescaya Allah tidak sekali-kali melupakanmu. Sujudlah pada Allah, berlindunglah dari segala kejahatan yang nyata mahupun tersembunyi, dari kejahatan seluruh makhluk dan paling penting, berlindunglah pada Allah daripada kejahatan diri sendri. Memang perit bermujahadah itu tapi yakinlah, perjalanan yang sukar pasti ada hikmahnya. Bersabarlah...

Biarkan Allah yang mengatur segala...
Semuanya akan baik-baik saja...
Semua Akan Indah Pada Waktunya...



iluvislam

Di Manakah Cantiknya Seorang Wanita

Posted: by ALONG in Label: ,
0


Mungkin pada sepasang matanya yang hening yang selalu menjeling tajam atau yang kadang kala malu-malu memberikan kerlingan manja.

Boleh jadi pada bibirnya yang tak jemu-jemu menyerlahkan senyuman manis, atau yang sekali-sekala memberikan kucupan mesra di dahi umi juga, ayah, suami dan pipi munggil anak-anak.

Atau mungkin juga pada hilai tawanya yang gemersik dan suara manjanya yang boleh melembut sekaligus melembutkan perasaan.

Sejuta perkataan belum cukup untuk menceritakan kecantikan perempuan. Sejuta malah berjuta-juta kali ganda perkataan pun masih belum cukup untuk mendefinisikan tentang keindahan perempuan.

Kitalah perempuan itu. Panjatkan kesyukuran kehadrat Tuhan kerana menjadikan kita perempuan dan memberikan keindahan-keindahan itu.

Namun, betapa pun dijaga, dipelihara, dibelai dan ditatap di hadapan cermin saban waktu, tiba masanya segalanya akan pergi jua. Wajah akan suram, mata akan kelam.

Satu sahaja yang tidak akan dimamah usia, sifat keperempuanan yang dipupuk dengan iman dan ibadah.

Anda ingin lebih cantik dan menarik?

# Jadikanlah Ghadhdul Bashar (menundukkan pandangan) sebagai "hiasan mata" anda, nescaya akan semakin bening dan jernih.

# Oleskan "lipstik kejujuran" pada bibir anda, nescaya akan semakin manis.

# Gunakanlah "pemerah pipi" anda dengan kosmetik yang terbuat dari rasa malu yang dibuat dari salon Iman.

# Pakailah "sabun istighfar" yang menghilangkan semua dosa dan kesalahan yang anda lakukan.

# Rawatlah rambut anda dengan "selendang islami" yang akan menghilangkan kelemumur pandangan lelaki.

# Hiasilah kedua tangan anda dengan gelang tawadhu' dan jari-jari anda dengan cincin ukhuwwah.

# Sebaik-baiknya kalung anda adalah kalung "kesucian."

# Bedaklah wajah anda dengan "air wudhu."



iluvislam